Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Wednesday, 11-Aug-2010 13:21
banana chiffon cake
Salam Ramadhan buat semua kengkawan di alam cyber ;-) semoga kita diberi kesihatan yang baik untuk menunaikan ibadah puasa dan memperbanyakkan amalan di bulan puasa.

kita jalan2 rumah kak madiha ( tq juga pada owner asal ya ;-) ) terjumpa la resepi nih...banana chiffon cake...veryyyy moist...rasa pun sedap...tak manis sgt..kita try 1/2 adunan ;-)




Resepi : Banana Chiffon Cake
Bahan A :
7 biji putih telur (MaDiHa guna gred A)
3 oz gula halus (blend sendiri jer gula pasir tu.. tak ayak pun)
1 sudu teh cream of tartar

Bahan B :
7 biji Kuning telur
4 oz gula halus
3 oz minyak masak
3 oz Air
7 oz tepung naik sendiri (MaDiHa guna tepung gandum + 2 cubit soda bikarbonat ~ diayak bersama baking powder)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam (MaDiHa bubuh ½ sudu kecil je)
2 sudu besar serbuk santan (MaDiHa ganti dengan susu tepung)
2 bijik pisang yg BESAR ~ dilecek halus (MaDiHa guna 3 ½ biji pisang putar/ pisang masam sbb saiznya sedang2 je)

Caranya:
1) Pukul bahan A sampai bertanduk/ mengeras. Ketepikan.
2) Pukul semua bahan B kecuali tepung naik sendiri.
3) Selepas semua sebati masukkan tepung sikit demi sikit dan pukul lagi.
4) Masukkan kedalam adunan A sedikit demi sedikit sambil dikacau perlahan guna spatula satu arah sahaja.
5) Masukan dalam loyang berlubang dan bakar 140'c sampai masak.
Nota: semasa mengacau pastikan
1) Kacau perlahan dengan satu arah
2) Pastikan semua putih telur tergaul kalau tidak bila kita masak ada ketulan putih jadi bila kita potong kek tu jadi tak halus dan tak cantik

CARA MADIHA
1) Gaulkan bahan2 B (kecuali tepung gandum) sehingga rata menggunakan whisker. Ketepikan.
2) Pukul semua bahan A sehingga putih telur mengeras. (diterbalikkan tak tumpah).
3) Gunakan mixer dan pukul sebentar bahan2 B yg diadun mula2 tadi. Campurkan tepung sikit demi sikit sehingga rata & pekat.
4) Panaskan oven suhu 150C. Masukkan adunan A (adunan telur) sikit demi sikit ke dalam adunan tepung tadi dan kacau rata menggunakan whisker (kacau satu arah saja).
5) Tuangkan adunan ke dalam loyang chiffon dan bakar kek sehingga masak. MaDiHa bakar guna suhu 150C selama 30 minit kemudian diturunkan suhu ke 140C sehingga genap menjadi 55 minit masa membakar.
6) Bila dah masak.. keluarkan kek dari oven dan terus terbalikkan loyang sehingga kek benar2 sejuk.
7) Keluarkan kek dari loyang dan bolehlah dipotong

© Pidgin Technologies Ltd. 2016