Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Tuesday, 3-Aug-2010 15:04
non-baked blueberry cheesecake
kita try buat non bake cheesecake.....senang nak buat ;-) resepi asal blueberry tapi kita ubah stobery ;-)

kita jumpa resepi nih masa jenjalan rumah ika,siam :-D :-D mek tu tgh sibuk pindah randah...harap2 dah selamat la semua ya ika :-D




BLUEBERRY CHEESE CAKE, http://kurniaanmu.blogspot.com/
Bahan-bahan :
Bahan-bahan A :
250 gm biskut mudah hadam - lebih kurang 200g
125 gm mentega tanpa garam - letak 100g

Bahan-bahan B :
200 ml krim putar(whipping cream)
250 gm krim keju
165 gm gula kastor - letak 150g
1 sudu besar jus lemon- 2 sb

Bahan-bahan C :
15 gm gelatin halal
100ml air
- campurkan air dgn gelatin atas double boiler dan sejukkan selama 5 minit

Topping :
Blueberry topping secukupnyer ( yg nih kita tukar jem stobery)
Jus lemon
Gula caster
Sedikit air

Cara-cara :
Hancurkan biskut sehingga jadi serbuk.Sediakan loyang acuan berukuran 8 inci.

Cairkan mentega. Tuangkan mentega kedlm bekas berisi biskut tadi. Kacau rata.
Tekankan adunan biskut ke dalam loyang sehingga menjadi rata dan padat.Sejukkan dlm peti ais selama lebih kurang 30 minit agar ia menjadi keras.
Pukul krim putar sehingga pekat dan gebu.Ketepikan.
Pukul krim keju bersama-sama gula dan jus lemon sehingga sebati.
Setelah itu masukkan gelatin dan gaul lagi sehingga sebati.
Kemudian tuangkan bahan ini kedlm bekas yg berisi krim putar tadi dan gaul rata dgn menggunakan whisk.
Keluarkan adunan biskut dlm peti ais.Tuangkan 1/3 adunan krim cheese td keatas adunan biskut.Ratakan dan letakkan buah strawberry.Akhir sekali tuangkan adunan sampai habis. Sejukkan di dalam peti ais sekurang2nya 3 jam. >>Lepas dah keras adunan cheese boleh sapukan fresh cream yg dpukul sebelum dtuangkan kuah topping, lebih kurang 150ml fresh cream.
Buat topping dgn mencampurkan bhn topping semua sekali, apabila telah mendidih,tutup api. Sejukkan.
Tuangkan kuah topping hingga habis.

© Pidgin Technologies Ltd. 2016