Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Monday, 2-Aug-2010 12:24
roti sosej & mix vege
ingat lagi masa zaman kita sekolah dolu2 selalu makan roti sosej & mix vege nih...mmg sedap sesangat....masa dolu2 roti nih sekeping dalam RM1.50 :-> klau dok m'sia kan senang nak cari...tapi kat sni kena ler godek sendiri ya ;-) ;-) puas hati dpt makan roti nih,rasanya dah lama kita tak makan roti nih,bila nmpak kawan kita tepek gambar roti nih kat FB...uihhhhh terus berkobar2 semangat wat roti nih LOL LOL LOL






Resepi : Roti Sosej & Mix Vegetable
Bahan Roti :
2 cawan tepung high protein
2 sb yis segera
1 sb bread improver
1 sb bread softener.
1 biji telur
1 st garam
3 sb gula
5 sb butter cair
100 ml fresh milk - suam
Bahan Hiasan :
sosej - potong nipis
mix vegetable - kacang peas,jagung,carrot etc.
mayonis
sos cili
sos tomato
Caranya :
Gaul rata tepung,yis segera,improver & softener. Masukkan telur,garam,gula & butter cair, gaul rata.
Masuk fresh milk sikit2, uli sampai doh tak melekat di tangan. Kalau doh keras lagi,tambah lagi fresh milk
Uli (20minit) hingga dapat doh elastik.
Tutup doh dgn tuala di tempat panas & perap selama 40minit.
Keluarkan doh & tumbuk2 untuk keluarkan angin.
Canai doh setebal 3cm, bentukkan doh - bulat etc.
Sapukan permukaan doh dengan sos tomato.
Letakkan sosej & mix vegetable. Perap lagi selama 30minit.
Bakar 150degree selama 20minit.
Bila dah masak, letakkan mayonis & sos cili. Siap :-D
p/s : roti nih tahan selama 3hari, simpan di dalam bekas bertutup :-D
kat dublin nih,sentiasa sejuk beku jadi kita panaskan dulu microwave 5minit & perap doh roti dalam tu :-D

© Pidgin Technologies Ltd. 2016