Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



< Previous

Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Monday, 28-Jun-2010 14:17
tauhu jepun & roti jala
ari tu kita gi asia market...seronok tak terkata jumpa cincau..terus kita buat air bandung cincau...lepas rindu nak minum bandung cincau :-D :-D :-D kat oversea nih sedap bila buat air bandung sbb fresh milk kat sni sedap lemak berkrim :-D :-D :-D pastu kita beli ler tauhu jepun 3 tiub...kita wat masak sambal tapi ala2 masam manis...sedappp kita suker..biasa tak sempat makan dgn nasi...ratah jek sodapppp :P :P :P :P cuma bila goreng tauhu jepun kena lar berlemah lembut sikit,sbb tauhu jepun nih mmg betui2 fragile :-D :-D

ptg pulak kita menjala...kebetulan sebab ada kuah kari ayam...kita mmg selalu mengelat bab masak2 nih LOL LOL LOL bila buat kari ayam nak makan ngan nasi,selain dari ayam & kentang saiz biasa tu,kita masuk skali ayam yang potong kecik2 & kentang comel2 nak makan ngan roti jala......tu lar senang untuk kita :-D :-D :-D :-D





Resepi : Tauhu Jepun Masak Sambal Masam Manis
Bahan-bahan :
3 tiub tauhu jepun
3 sb pes lada kering *
1 biji bawang besar *
2 ulas bawang putih *
* kisar halus
sos tiram
sos cili
sos tomato
asam jawa
garam & gula
Cara Membuatnya :
- tauhu jepun dipotong 1 inci tebal dan digoreng,siap masak,toskan.
- panaskan sikit minyak dan tumis pes lada sampai masak.
- masuk semua sos, asam jawa & bahan perasa.kalau pekat tambah air,buat berkuah sikit.
- masuk daun bawang.adjust ikut selera, masukkan tauhu jepun dan biarkan dalam 5 minit. siap :-D

Resepi : Roti Jala
Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
2 1/4 cawan fresh milk
1 biji telur
1 st garam
sedikit pewarna kuning
Cara Membuatnya :
- Sapu sedikit minyak atas non stick pan.
- Blend semua bahan di atas dan jala atas api sederhana.
- Masak sebelah sahaja tak perlu diterbalikkan :-D angkat dan terus lipat mcm biasa :-D

© Pidgin Technologies Ltd. 2016