Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]



Mail this Foto to a friend



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Monday, 24-May-2010 09:51
nasi temasek & ayam berempah
salam pagi senin yg redup kat dublin ni ha :-D semalam terang benderang siap berpeluh2 kuar jenjalan semalam LOL LOL LOL LOL tiba2 pagi nih redup...sejuk...siap kena pakai long sleeve :-D tu lar cuaca kat sni.... :->

yg nih kita try resepi nasi temasek dengan lauk ayam berempah :-D rasa sedappppp tak rugi ler try test LOL LOL LOL kita copy jek resepi dari umah dak ika :-D jumpa resepi kat rumah dak ika (bangkok) yang tengah bertapa kat rumah takleh kuar ala2 curfew.....sian kat ika $-) $-) $-) $-) tak lama lagielok lar tu...sabor bebanyak ya ika :-D dolu2 kita dah merasa...skang dah aman damai... hehehehehehe :-D :-D :-D :-D





NASI TEMASEK

Bahan-Bahan :
1 kilo beras basmathi - cuci dan toskan
8 biji bawang merah kecil - dimayang
2 1/2 halia - dihiris halus
4 ulas bawang putih - dihiris
5 kuntum bunga cengkih
2 1/2 inci kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
1 tin susu cair
3 camca besar minyak sapi
1 cawan minyak
2 helai daun pandan
air secukupnya
garam secukup rasa
sedikit pewarna hijau, kuning dan merah untuk renjisan
sedikit badam goreng jika suka
sedikit kismis untuk ditabur

Cara-Cara :
1. Panaskan minyak bersama minyak sapi didalam periuk. Tumis bawang merah,
kemudian masukkan bawang putih, halia, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah
pelaga.
2. Apabila berbau wangi dan kekuningan, masukkan daun pandan dan beras. Goreng
beras sebentar sambil dibalik-balikkan perlahan-lahan supaya berasa tidak hancur.
Kemudian masukkan air, susu cair dan garam.
3. Tutup periuk dan biarkan hingga nasi masak. Kemudian renjiskan bahan-bahan pewarna
secara berasingan dan titiskan sedikit air mawar.
4. Apabila nasi telah masak, masukkan kismis. Semasa menghidang taburkan dengan badam goreng. Siap untuk dimakan.


AYAM BEREMPAH

Bahan-Bahan :
1 ekor ayam dicuci bersih dan di potong lapan atau mengikut cita rasa sendiri.
sedikit kunyit untuk mengorengkan ayam
1 sudu kecil serbuk lada sulah
garam secukup rasa
200 ml santan
3 biji bawang besar di kisar (mengikut saiz pada bawang)
4 ulas bawang putih di kisar
6 cm halia di kisar
4 batang serai di kisar
4 sudu besar cili kisar
2 sudu besar rempah kari
garam secukup nya
sedikit gula (Nur tak letak)
2 helai daun kunyit
1 keping asam gelugur
Minyak masak untuk menumis

Cara-Cara :
Ayam digaulkan bersama kunyit, garam dan goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
Panaskan minyak masak. Tumis bahan-bahan yang di kisar bersama rempah kari dan cili kisar hingga naik bau nya.
Masukkan santan, garam, asam keping dan juga ayam.
Kacau rata dan biarkan kuah menjadi pekat. Akhir sekali masukkan buah tomato jika suka.

© Pidgin Technologies Ltd. 2016